Mahu Belajar Buat Web Ecommerce Sehingga Siap Dalam Tempoh 10 Hari?

Ya, 10 hari sahaja. 5 hari pertama kita fokus siapkan perkara basic (asas) sehingga boleh menjual dan 5 hari seterusnya kita lengkapkan sebarang kekurangan.

9 tahun lepas....

Ya, ini kisah 9 tahun lepas.
“Azree, boleh tak tolong buatkan website untuk aku urus ejen kedai aku?”
Saya buat website secara freelance sahaja ketika itu. Dan biasanya website yang dibuat adalah web korporat, universiti dan blog (untuk blogger).
Belum pernah ada orang minta website untuk boleh urus ejen.
Pada tahun 2011 mana ada sifu yang ajar cara urus ejen lagi.
Jadi sistem apa mahu guna pun saya taram sahaja.
Saya pun balas kepada kawan tersebut, “Boleh tak kalau aku guna sistem ecommerce?”
“Ecommerce? Kenapa?” Tanya kawan tersebut kehairanan mendengar cadangan saya.
Dia cuma mahu urus ejen supaya order ejen itu diuruskan dengan teratur sahaja.
Seperti biasa perangai saya, soalan akan dijawab dengan soalan juga, “Apa objektif kau mahu ada website urus ejen?”
“Ejen itu boleh order terus di website dan mereka tahu status tempahan itu sudah dihantar atau belum. Dan mereka boleh tengok katalog produk apa yang boleh dijual beserta harga ejen.”
“Haaa. Kalau begitu sistem ecommerce memang boleh capai apa yang kau nak buat. Siap kau sendiri boleh jual direct kepada pelanggan sendiri. Bila ejen masuk website, mereka akan terus nampak berapa harga diskaun yang kau beri mereka untuk setiap produk. Ok tak?”

Sistem hanya alat sahaja...

Apa-apa sistem pun hanyalah berfungsi sebagai alat sahaja.
Untuk capai satu tujuan, kita bukan hanya boleh guna satu alat sahaja, banyak lagi alat lain kita boleh guna.
Contoh:
Ada orang buat menjual barang guna whatsapp, orang lain pula guna whatsapp itu untuk bersembang sahaja.
Ada orang guna sistem facebook untuk cerita pasal makanan dan jenjalan, orang lain pula guna facebook untuk bina branding. Dan ada orang buat sales guna Facebook sahaja.

Jadi kenapa nak buat website ecommerce?

Bila ada orang minta saya buat website ecommerce, saya akan tanya mereka balik, “Nak buat untuk tujuan apa?”
Pernah saya siapkan website ecommerce untuk klien, tapi bertahun pun mereka tak pernah usik. Dah buat siap tapi tak reti guna.
Mungkin mereka buat sebab ada bajet lebih agaknya.
Ada pula klien saya cuma buatkan sistem form (borang) yang simple sahaja.
Tetapi tak sampai setahun jualan mereka sudah cecah juta.
Ada juga klien yang masih close sale guna whatsapp, mereka guna sistem ecommerce untuk update maklumat jualan sahaja. Pelanggan mereka beli di whatsapp, kemudian mereka key in manual jualan itu dalam sistem ecommerce. Supaya maklumat database jualan tersusun rapi.
Anda boleh guna ecommerce untuk tujuan ini:

  1. Urus jualan supaya tempahan pelanggan terus automatik masuk dalam database.
  2. Update database pelanggan supaya centralize semua maklumat pelanggan yang beli di whatsapp dan juga platform lain.
  3. Urus ejen supaya ejen boleh beli pada harga selepas tolak komisen.

Modul 1 Asas WordPress

Belajar asas kepada pembangunan laman web. Apa itu hosting, domain dan juga WordPress.

Modul 2 Asas Ecommerce

Fahami persediaan untuk mula berniaga secara online.

Modul 3 MASUKKAN PRODUK

Belajar cara tambah produk ke dalam web ecommerce supaya pelanggan boleh mula membeli.

Modul 4 Design Landing Page

Landing page digunakan bagi membuat kempen jualan satu produk yang berkesan.

Modul 5 Siapkan Page Wajib

Ada beberapa page yang wajib tetapi jarang kita nak buat. Jadi modul terakhir ini kita belajar siapkan page tersebut.

Modul 6 Design Web Ecommerce

Bila dah siap semua, barulah kita design web ecommerce kita supaya cantik.

Berapa Yuran Kebijaksanaan?

Saya buka ruang untuk kelas online ini kepada 5 peserta sahaja dalam satu masa.

Ini supaya saya boleh fokus bimbing seorang demi seorang dalam tempoh 10 hari.

Yuran untuk kelas 10 hari ini adalah RM500 sahaja.

Ya, murah tetapi tuan sediakan bajet dalam RM200 untuk beli domain dan hosting sendiri.

Kelas ini semuanya praktikal terus buat. Memang dari awal kelas terus bikin website sampai siap!

Bagaimana ia berlangsung?

Kita akan bermula pada 10 September 2020 ini. Kelas pada waktu malam selepas Isyak sekitar pukul 9.

Setiap hari akan ada tugasan. Habis sahaja sesi kelas online, saya berikan tugasan yang kena buat.

Semua peserta akan dikumpulkan dalam support group Telegram.

Siapa yang patut hadir?

Sebelum anda buat keputusan untuk daftar, pertama sekali kena ingat yang ini adalah kelas praktikal.

Saya tunjuk dari awal macam mana nak buat. Dan saya akan pantau hasil kerja setiap peserta.

Ya, maksudnya jika mahu daftar pastikan ada niat mahu siapkan website sampai berfungsi.

Kelas Online ini sesuai bagi mereka yang:

  1. Buat bisnes jual produk supaya boleh setup FB ads.
  2. Penulis buku yang mahu ada website/blog sambil jual buku sendiri, barulah nampak ada krebiliti.
  3. Ejen takaful/unit trust atau penapis air yang mahu bina branding agar kelihatan berbeza berbanding ejen lain.
  4. Peniaga yang mahu kumpul database lead minat biar senang nak follow up nanti.