Mahu Belajar Buat Web Ecommerce Sehingga Siap Dalam Tempoh 10 Hari?

Ini pertama kali saya mahu buat kelas selama 10 hari. 5 hari pertama kita fokus siapkan perkara basic (asas) sehingga boleh menjual dan 5 hari seterusnya kita lengkapkan sebarang kekurangan.

9 tahun lepas…

Ya, ini kisah 9 tahun lepas.
“Azree, boleh tak tolong buatkan website untuk aku urus ejen kedai aku?”
Saya buat website secara freelance sahaja ketika itu. Dan biasanya website yang dibuat adalah web korporat, universiti dan blog (untuk blogger).
Belum pernah ada orang minta website untuk boleh urus ejen.
Pada tahun 2011 mana ada sifu yang ajar cara urus ejen lagi.
Jadi sistem apa mahu guna pun saya taram sahaja.
Saya pun balas kepada kawan tersebut, “Boleh tak kalau aku guna sistem ecommerce?”
“Ecommerce? Kenapa?” Tanya kawan tersebut kehairanan mendengar cadangan saya.
Dia cuma mahu urus ejen supaya order ejen itu diuruskan dengan teratur sahaja.
Seperti biasa perangai saya, soalan akan dijawab dengan soalan juga, “Apa objektif kau mahu ada website urus ejen?”
“Ejen itu boleh order terus di website dan mereka tahu status tempahan itu sudah dihantar atau belum. Dan mereka boleh tengok katalog produk apa yang boleh dijual beserta harga ejen.”
“Haaa. Kalau begitu sistem ecommerce memang boleh capai apa yang kau nak buat. Siap kau sendiri boleh jual direct kepada pelanggan sendiri. Bila ejen masuk website, mereka akan terus nampak berapa harga diskaun yang kau beri mereka untuk setiap produk. Ok tak?”

Sistem hanya alat sahaja…

Apa-apa sistem pun hanyalah berfungsi sebagai alat sahaja.
Untuk capai satu tujuan, kita bukan hanya boleh guna satu alat sahaja, banyak lagi alat lain kita boleh guna.
Contoh:
Ada orang buat menjual barang guna whatsapp dalam pada orang lain guna whatsapp itu untuk bersembang.
Ada orang guna sistem facebook untuk cerita pasal makanan dan jenjalan, orang lain pula guna facebook untuk bina branding. Dan ada orang buat sales guna Facebook sahaja.

Jadi kenapa nak buat ecommerce?

Bila ada orang minta saya buat website ecommerce, saya akan tanya mereka balik, “Nak buat untuk tujuan apa?”
Pernah saya siapkan website ecommerce untuk klien, tapi bertahun pun mereka tak pernah usik. Buat tapi tak reti guna.
Mungkin mereka buat sebab ada bajet lebih agaknya.
Ada pula klien saya cuma buatkan sistem form (borang) yang simple sahaja.
Tetapi tak sampai setahun jualan mereka sudah cecah juta.
Ada juga klien yang masih close sale guna whatsapp, mereka guna sistem ecommerce untuk update maklumat jualan sahaja. Pelanggan mereka beli di whatsapp, kemudian mereka key in manual jualan itu dalam sistem ecommerce. Supaya maklumat database jualan tersusun rapi.
Anda boleh guna ecommerce untuk tujuan ini:
1. Urus jualan supaya tempahan pelanggan terus automatik masuk dalam database.
2. Update database pelanggan supaya centralize semua maklumat pelanggan yang beli di whatsapp dan juga platform lain.
3. Urus ejen supaya ejen boleh beli secara diskaun.

Apa yang anda akan belajar dalam 10 hari ini?

Saya pecahkan modul saya kepada 10 hari sebab saya perasan focus span kita bila belajar online adalah sangat singkat. Saya tengok live selama 2 jam pun dah hilang arah.

Jadi setiap hari kita peruntukkan satu jam lebih sahaja. Cuma mungkin hari pertama itu akan jadi 2 jam.

FEATURE 1
Modul 1 Asas WordPress

Belajar asas kepada pembangunan laman web. Apa itu hosting, domain dan juga WordPress.

FEATURE 2
Modul 2 Asas Ecommerce

Fahami persediaan untuk mula berniaga secara online.

Modul 3 masukkan produk

Belajar cara tambah produk ke dalam web ecommerce supaya pelanggan boleh mula membeli.

FEATURE 1
Modul 4 Design landing page

Ada masa kita mahu buat page khas untuk promo satu produk sahaja. Maka kita perlukan landing page yang berkesan.

FEATURE 2
Modul 5 Design web ecommerce

Bila dah siap semua, barulah kita design web ecommerce kita supaya cantik.

Modul 6 Siapkan senarai page wajib

Ada beberapa page yang wajib tetapi jarang kita nak buat. Jadi modul terakhir ini kita belajar siapkan page tersebut.

Berapa Yuran Kebijaksanaan?

Saya buka ruang untuk kelas online ini kepada 7 peserta sahaja dalam satu masa. Ini supaya saya boleh fokus bimbing seorang demi seorang dalam tempoh 10 hari.
Yuran untuk kelas 10 hari ini adalah RM500 sahaja.
Ya, murah tetapi tuan sediakan bajet dalam RM200 untuk beli domain dan hosting sendiri.
Ya, kelas saya semuanya praktikal terus buat. Saya tunjukkan terus di mana tempat beli hosting dan domain yang bagus supaya kurang kesilapan awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *