Cara Paling Mudah & Praktikal Untuk Memulakan Perniagaan Online

Telah terbukti bahawa perniagaan dengan Yosh.my mampu memberikan anda keuntungan yang lumayan tanpa melibatkan modal atau risiko yang besar.

LIHAT VIDEO

Daftar Akaun PERCUMA Selama 7 Hari!

.yoshop.my

Inovasi Dunia Perniagaan Tercetus

Revolusi Teknologi Mengubah Dunia Perniagaan

Miliki Perniagaan Sendiri

Kini sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan dan keinginan anda untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa atau sampingan bakal menjadi kenyataan. Yosh.my dicipta untuk merealisasikan impian anda bagi memiliki perniagaan sendiri dengan kos dan risiko yang rendah.

Inovasi Berdasarkan Pengalaman

Kami telah berpengalaman hampir 5 tahun di dalam industri perniagaan Internet dan telah memberikan pendedahan kepada puluhan ribu orang mengenai perniagaan Internet. Sepanjang tempoh tersebut, kami telah merealisasikan lebih 1000 orang untuk memiliki perniagaan internet mereka sendiri.

Mudah dan Praktikal

Kami percaya Yosh.my merupakan terjemahan formula yang paling ringkas, mudah dan praktikal untuk anda memulakan perniagaan sendiri dan seterusnya menjana pendapatan tanpa had. Ini adalah inovasi dunia perniagaan!

Dulu Perlu...

Mencari Idea, Produk dan Pembekal

Dulu untuk mengaut keuntungan dengan menjual produk memerlukan anda lakukan semua perkara sendiri. Anda perlu memerah fikiran untuk memiliki produk yang bagus dan terpaksa habiskan banyak tenaga untuk mencari pembekal yang terbaik.

Kerahan Wang, Masa dan Tenaga

Kemudian anda perlu laburkan banyak wang untuk membina platform bagi menjual produk tersebut. Seterusnya, anda perlu bertarung separuh mati bagi melakukan pemasaran terhadap produk tersebut. Malah banyak masa juga dihabiskan bagi memproses tempahan dan menghantar produk tersebut ke pejabat pos.

Kini dengan teknologi internet, semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja!

Kini Hanya...

Akses Ratusan Jenis Produk

Yosh.my dicipta sebagai platform lengkap untuk anda memulakan perniagaan internet yang berjaya. Bermula dengan produk, anda akan diberikan akses kepada ratusan jenis produk untuk di jual. Anda juga akan memiliki sebuah "ekatalog" yang akan membantu anda menjual produk menerusi internet.

Jual, Jual dan Jual Sahaja

Kemudian, kami juga menyediakan bahan pemasaran lain seperti gambar, e-katalog, flyers dan sebagainya untuk mempermudahkan pemasaran anda. Malah, kami akan menyimpan stok, memproses tempahan dan menghantar produk kepada pelanggan bagi pihak anda. Kami juga telah bekerjasama dengan pembekal yang terbaik di dalam pelbagai industri untuk membawakan ratusan jenis produk yang berkualiti tinggi kepada anda.

Kami yakin dan percaya, tiada lagi cara berniaga yang lebih mudah dari apa yang Yosh.my tawarkan kepada anda. Ini adalah pilihan yang tepat untuk anda memulakan perniagaan sendiri.

Berniaga Semudah ABC Dengan Yosh.my

6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Ketahui Dengan Yosh.my!

Akses Ratusan Jenis Produk

Di Yosh.my, anda akan mendapat akses ratusan jenis produk yang terbaik tanpa perlu bersusah-payah mencari serta berunding dengan para pembekal. Anda hanya perlu memilih apakah produk yang ingin anda jual di internet!

Harga Ahli Yang Lagi Murah

Kami telah berunding dengan para pembekal agar dapat memberikan harga ekslusif buat ahli Yosh.my. Ternyata sesetengah harga produk yang ditawarkan untuk ahli kami jauh lebih rendah berbanding harga dari para pembekal lain.

Pilih & Promosikan Produk!

Dengan hanya beberapa klik sahaja anda boleh memilih produk yang sesuai untuk anda jual menerusi internet. Selepas itu anda boleh terus memasarkannya serta boleh lakukan promosi melalui apa sahaja platform online.

Jual Dengan Harga Pasaran

Anda boleh mark-up serta meletakkan harga yang lebih tinggi ke atas produk tersebut mengikut citarasa anda serta harga yang dijual di pasaran. Pembeli akan buat bayaran terus kepada akaun bank yang telah anda tetapkan.

Simpan 100% Untung Anda

Kemudian anda hanya perlu buat pembayaran kepada Yosh.my dengan harga kos & masukkan alamat pelanggan anda untuk penghantaran. Kesemua untung anda simpan, kami tidak akan mempersoalkan keuntungan anda!

Yosh.my Uruskan Semua

Selepas kami sahkan pembayaran anda, Yosh.my akan menguruskan segala-galanya untuk anda termasuklah pembungkusan serta penghantaran produk kepada pelanggan anda! Tanpa mereka tahu kami yang melakukannya!

Yosh.my memberikan peluang yang cukup baik kepada mereka yang ingin belajar dan menceburi bidang keusahawanan tanpa melibatkan modal yang besar dan kemahiran yang spesifik.

Nik Mohd Nasrudeen

Pengerusi Dewan Muda DPMMNK

Tahniah! Yosh.my telah menyediakan peluang serta platform yang mudah untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dengan modal dan risiko yang cukup rendah.

Mohd Suhaimy

Founder WangCyber.com

Produk Adalah Nadi Perniagaan

Kami Kaji Permintaan Dan Kualiti Produk, Anda Hanya Jual!

Produk "Terhangat Di Pasaran" Untuk Dijual!

Kejayaan jangka masa panjang sesuatu perniagaan bermula dengan pemilihan produk yang sentiasa mendapat permintaan. Oleh itu, kami di Yosh.my hanya mengetengahkan produk yang "terhangat di pasaran" di dalam pelbagai kategori untuk anda. Ratusan jenis produk yang kami tawarkan adalah daripada industri pakaian muslimah, kosmetik, pinggan mangkuk, permainan kanak-kanak, t-shirt dan banyak lagi.

Harga Rendah, Untung Tinggi!

Pihak kami juga akan sentiasa menambah jumlah produk di Yosh.my dengan mencari pembekal baru setiap bulan. Kami mensasarkan untuk memiliki 10,000 jenis produk pada tahun ini. Semua produk akan ditawarkan dengan harga yang jauh lebih rendah dari pasaran agar anda dapat menjana keuntungan yang tinggi.

Tudung Labuh

  • Harga Ahli RM 28.00
  • Harga Jualan RM 38.00
  • Keuntungan RM 10.00

Madu Tualang

  • Harga Ahli RM 52.00
  • Harga Jualan RM 75.00
  • Keuntungan RM 23.00

Instant Shawl

  • Harga Ahli RM 35.00
  • Harga Jualan RM 55.00
  • Keuntungan RM 20.00

Teddy Bear

  • Harga Ahli RM 200.00
  • Harga Jualan RM 250.00
  • Keuntungan RM 50.00

Steamboat Grill

  • Harga Ahli RM 150.00
  • Harga Jualan RM 170.00
  • Keuntungan RM 20.00

Corelle 16 pcs

  • Harga Ahli RM 405.00
  • Harga Jualan RM 450.00
  • Keuntungan RM 45.00

Ubat Resdung

  • Harga Ahli RM 45.00
  • Harga Jualan RM 59.90
  • Keuntungan RM 14.90

Set Mainan Robocar

  • Harga Ahli RM 100.00
  • Harga Jualan RM 120.00
  • Keuntungan RM 20.00

Konsep Perniagaan Yosh.my Di Sisi Islam

Penjelasan Telus Tanpa Helah Untuk Anda Berniaga Tanpa Was - Was

Perniagaan Merupakan Satu Ibadah Mulia

Kami telah mendapatkan beberapa penjelasan yang terperinci tentang modus operandi perniagaan yang dijalankan Yosh.my di sisi Islam daripada beberapa pihak yang berkenaan. Kerana kami mahu segala usaha yang dijalankan di Yosh.my diberkati dan dikira sebagai salah satu ibadah disisi Allah.

Urusniaga menjual produk tanpa memiliki produk di tangan ini dikenali dalam istilah fiqh Islami sebagai baie istijrar. Jual beli barang yang dibuat oleh ahli adalah dibenarkan kerana ada deskripsi produk yang spesifik dan penghantaran dapat dibuat. Jadi tiada masalah untuk orang ramai menggunakan paltform Yosh.my.

Suzardi Maulan (Pakdi)

Islamic Financial Planner

Hukumnya harus menjual produk dengan menggunakan gambar atau katalog secara online walaupun produk itu masih belum ada. Sebagai contoh kita menjual baju menggunakan gambar, apabila ada tempahan baru kita jahit baju tersebut dan hantar kepada para pelanggan. Namun, penjual perlu menggunakan gambar produk yang sebenar.(Pautan video asal)

Ustaz Azhar Idrus

Penceramah Bebas

Sila Ambil Perhatian!

Bukan Skim Cepat Kaya

Perniagaan menggunakan platform Yosh.my bukanlah MLM, sistem piramid, skim pelaburan internet, autosurf, HYIP, sistem derma duit, nigerian scam, online forex dan apa-apa program yang modus operandinya sama.

Teknologi Internet Permudahkan Perniagaan

Ramai yang beranggapan Yosh.my adalah skim cepat kaya yang berkonsepkan 4D iaitu duduk diam dapat duit kerana mengamalkan konsep mengambil untung atas angin. Sebenarnya perniagaan menggunakan platform Yosh.my adalah perniagaan yang sebenar yang dipermudahkan dengan menggunakan teknologi internet.

Perlu Lakukan Pemasaran Dan Promosi

Perniagaan ini masih mempunyai produk untuk dijual dan ahli masih perlu melakukan promosi agar produk ini terjual. Apabila produk yang dipromosikan terjual, barulah keuntungan diperolehi. Jadi tidak timbul isu duduk diam dapat duit.

Tidak Salah Di Sisi Islam

Walaupun ahli hanya menggunakan gambar untuk tujuan promosi tetapi ini tidak salah di sisi muamalat Islam kerana mengikut Ustaz Zaharuddin, seseorang individu berhak mendapat untung atas angin di atas usahanya mempromosikan produk tersebut.

Cetusan Hati Pembekal Produk

Maklumbalas Dan Luahan Hati Pihak Pembekal Dengan Yosh.my

Anda Untung , Pembekal Gembira

Para pembekal produk pun turut mengakui bahawa Yosh.my adalah platform yang terbaik untuk anda menjalankan perniagaan secara sampingan ataupun sepenuh masa dengan menyatakan bahawa berniaga dengan berplatformkan Yosh.my amatlah rendah risikonya.

Para pembekal sangat gembira apabila produk mereka dapat di jual oleh ahli tetapi mereka lebih gembira melihat anda berjaya menjana pendapatan dari menjual produk mereka.

Temubual
Temubual

Abaikan Susah Payah Kami...

Anda lihat sendiri gambar betapa susahnya kami ke luar negara mencari set pinggan mangkuk jenama Corelle untuk anda. Dengan berdaftar sebagai ahli Yosh.my, anda boleh melupakan susah payah proses mendapatkan Corelle.

Apa yang anda lakukan, hanya promosi dan jana pendapatan tanpa memikirkan untuk membina muscle di lengan seperti kami kerana setiap hari mengangkut Corelle yang beratnya sekitar paling kurang 6kg. Oh!

Wan Syazwan & Wan Syamim

Pembekal Pinggan Mangkuk Corelle

Kami Tanggung Risiko Anda...

Ini adalah proses bagaimana kami mendapatkan kain pasang di Bangkok, Thailand untuk di bawa masuk ke Malaysia. Kami membawa puluhan corak kain pasang baru setiap bulan untuk anda jual.

Anda hanya perlu pasarkan kain pasang ini kepada orang ramai dan anda akan mendapat keuntungan bagi setiap produk yang terjual. Dengan mendaftar sebagai ahli Yosh.my anda tidak perlu risau jika produk tidak terjual kerana semua risiko ditanggung oleh kami!

Ahmad Sidry Hussin

Pembekal Kain Pasang

Temubual

Apabila orang bertanya saya peluang perniagaan, maka saya akan sarankan Yosh.my kerana ia adalah cara termudah dan terbaik untuk menjalankan perniagaan pada masa kini.

Azhar Abdullah

Pembekal Baju Kurung

Saya gembira melihat para ahli dapat menjana pendapatan dengan Yosh.my. Saya sebagai pembekal juga gembira apabila produk saya terjual. Wujud situasi menang-menang di sini.

Munaidayati Ali Musa

Pembekal Al-Quran Digital

Benarkah Yosh.my Dapat Membantu Anda?

Mari Lihat Kajian Kes dan Hasil Dari Yosh.my!

1000 Ahli dan Jualan RM 284,000

Fakta akan menjelaskan segala-galanya. Sekarang, Yosh.my mempunyai lebih 1000 orang ahli yang mana telah mencatatkan jualan sebanyak RM284,000 dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Mereka membuat tempahan produk setiap hari bersama Yosh.my dan kami akan memproses produk terus kepada pelanggan mereka. Kami mensasarkan transaksi Yosh.my sekitar RM100,000 setiap bulan.

Video Thumbnail

Screen shot transaksi dari bank dan panel sistem.

"Creative Art" di APEC YES 2011

Yosh.my Adalah Inovasi Perniagaan

Yosh.my telah terpilih untuk di ketengahkan di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 dalam sesi Creative Art kerana telah mempermudahkan masyarakat untuk menjalankan perniagaan. Ini adalah satu inovasi di dalam dunia perniagaan!

Idea Yosh.my Dilihat 21 Negara

Yosh.my di persembahkan kepada para peserta yang hadir dari 21 buah negara bersama 3 orang speaker lain bagi mengetengahkan idea kreatif masing-masing iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina dengan teaternya The Secret Life of Nora, Tuan Haji Burhanuddin dengan cerita animasi 3D tempatan Upin & Ipin dan Leon Tan juga dengan cerita animasi 3DWar Of The Worlds : Goliath.

Bisnes Alternatif Astro Awani

Konsep & Alternatif Baru Perniagaan

Yosh.my telah di jemput oleh pihak Astro Awani untuk berbicara mengenai konsep perniagaan ini di dalam rancangan Bisnes Alternatif. Mereka melihat Yosh.my adalah satu konsep perniagaan baru yang boleh menjadi satu alternatif bisnes bagi masyarakat.

Lebih Kurang 60,000 Orang Yang Menonton

Ini telah membuka mata masyarakat yang di jangka sekitar 60,000 orang menonton rancangan ini, bahawa perniagaan berplatformkan Yosh.my ini cukup mudah untuk dijalankan dengan bantuan teknologi seperti internet.

Menjana RM100 Pertama Bersama Yosh.my?

Kami Kongsikan Pengalaman Ahli Berniaga Dengan Yosh.my!

Video Thumbnail
Video Thumbnail Video Thumbnail

Kecil - kecil Cili Padi , Untung Tetap Menanti.

Terlalu ramai yang telah berjaya menjana pendapatan minima RM100 keuntungan bersih dengan Yosh.my. Walaupun kejayaan kecil, ia tetap memberi impak yang besar kepada mereka yang masih ragu-ragu terhadap Yosh.my.

Masih Ragu - ragu? Nah...

Bukan sekadar ‘screen shot’ tetapi kami juga ingin berkongsi dengan anda beberapa kisah kejayaan ahli Yosh.my sebagai pembakar semangat untuk anda dan juga sebagai bukti bahawa Yosh.my adalah platform buat duit yang terbaik untuk anda gunakan.


Pelajar Sarjana Muda Berjaya Menjana Pendapatan RM2788 Sebulan!

Sebagai Pendapatan Tambahan

Masyitah Binti Md Hassan merupakan pelajar sarjana muda sepenuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memikirkan perlunya untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung keperluan kehidupan seharian. Beliau mula menyertai Yosh.my pada Ogos 2011 namun mengambil semasa sebulan sebelum mengorak langkah untuk menjalankan bisnes ini.

Dalam Masa Sebulan Perolehi RM625.00

Pada September 2011, beliau telah membina satu Facebook Group yang diberi nama Masyitah Mall untuk mempromosikan barangan daripada Yosh.my.

Daripada usaha mempromosikan menggunakan Facebook tersebut, beliau berjaya mendapat jualan Yosh.my yang pertama. Kemudian pada bulan Oktober 2011, beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2788.00 dengan keuntungan sebanyak RM625.00! Kami di pihak Yosh.my berasa sungguh bangga di atas pencapaian ini dan berharap anda juga dapat mengikut jejak langkah beliau!

Successfull Story

Screen shot group tertutup Facebook Masyitah Mall

Successfull Story

Nama Pemilik : Masyitah Binti Md. Hassan

Model Perniagaan : Produk Fizikal

Niche : Pakaian Muslimah, Fesyen Muslimah

Jualan : RM2,500 Sebulan


Remaja 19 Tahun Menjana Pendapatan 4 Angka Seminggu!

Successfull Story

Screen shot laman web TerbaikDariLadang.com

Successfull Story

Nama Pemilik : Raihan Adila

Model Perniagaan : Produk Fizikal

Niche : Pakaian Muslimah, Fesyen Muslimah

Jualan : RM20,000 Sebulan

Bermula Tanpa Pengalaman Perniagaan

Raihan Adila Binti Ramzi merupakan seorang remaja berusia 19 tahun dan sedang menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau mula mendaftar sebagai ahli Yosh.my pada November 2011 dan memulakan perniagaan internet pertama beliau tanpa sebarang pengalaman di dalam perniagaan.

Dari Sokongan Yosh.my , Kesilapan Dikenalpasti

Pada bulan pertama beliau sangat kecewa kerana setelah 30 hari berlalu, beliau masih gagal mendapat sebarang jualan. Namun beliau dapat mengenalpasti kesilapan yang telah dilakukan setelah menyertai siri webinar yang telah dianjurkan oleh pihak Yosh.my.

Dulu Kecewa , Kini Gembira Juga Berjaya

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjual koleksi tudung sahaja dengan mempromosikan melalui Facebook. Alhamdulillah dengan memperbaiki sedikit kesilapan kecil, impaknya cukup besar. Bermula dengan 4 angka sebulan, kemudian 4 angka seminggu dan kini 4 angka sehari!

Batu Loncatan Untuk Ke Tahap Seterusnya

Kini beliau bukan lagi bergantung kepada Yosh.my semata-mata tetapi sudah mula membeli tudung sendiri untuk di jual. Jualan beliau pada bulan Februari 2012 ialah sekitar RM16,000. Kami pihak Yosh.my berasa cukup bangga kerana beliau menjadikan Yosh.my sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya. Tahniah!

Successfull Story

Segalanya Sudah Tersedia Untuk Anda!

Yosh.my Sediakan Segalanya Yang Anda Perlukan Bagi Memulakan Perniagaan Sendiri!

Produk , Platform , Bahan Pemasaran & Banyak Lagi

Yosh.my akan menyediakan 80% perkara yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bermula daripada pemilihan produk, ekatalog sendiri, bahan pemasaran seperti gambar, e-katalog dan banyak lagi. Semuanya telah lengkap! Anda hanya perlu lakukan pemasaran dengan berkesan dan konsisten, Insyallah kejayaan bersama Yosh.my akan menjadi milik anda.


Apa Yang Anda Akan Perolehi Dengan Yosh.my Ialah...

1Akses Ratusan Jenis Produk

Yosh.my akan memberikan anda akses terhadap ratusan jenis produk yang hangat di dalam pelbagai industri seperti pakaian, permainan, kosmetik, elektronik dan banyak lagi. Akses yang kami maksudkan di sini ialah kebenaran untuk memilih, menjual dan membeli produk ini dengan harga borong walaupun hanya satu unit.

Successfull Story
Successfull Story

2eKatalog Produk Anda Sendiri

Sebagai ahli Yosh.my, anda akan diberikan sebuah ekatalog sendiri untuk menjual produk yang telah anda pilih. Semua eKatalog ini akan menggunakan subdomain dari Yosh.my. Anda diberi pelbagai pilihan rekabentuk eKatalog yang menarik secara percuma. Anda boleh mengubah harga dan banyak lagi mengikut kehendak anda.

3Bahan Pemasaran Tersedia

Yosh.my juga akan menyediakan bahan pemasaran bagi setiap produk yang tersenarai. Kami akan menyediakan gambar yang professional, penerangan produk, e-katalog dan sebagainya. Anda boleh cetak e-katalog dan lakukan pemasaran secara konvensional untuk menambah jualan.

Successfull Story
Successfull Story

4Abaikan Pengurusan Produk

Yosh.my akan menguruskan segala tempahan produk bagi pihak anda! Setelah anda membuat tempahan produk untuk di hantar kepada pelanggan anda, kami akan "packing" produk dan hantar produk ke pejabat pos terdekat. Setelah diproses, anda boleh periksa "tracking number" di sistem kami. Pelanggan akan menerima produk dengan tertera nama anda sebagai penghantar!

Yosh.my telah menyediakan 80% keperluan anda untuk memulakan perniagaan sendiri. Apa yang anda perlu lakukan ialah 20% sahaja lagi iaitu belajar dan buat pemasaran yang berkesan.

Mohd Azrul

Presiden PUIM

Proses menjana pendapatan ternyata jauh lebih mudah dan praktikal dengan wujudnya platform Yosh.my. Tiada alasan lagi untuk anda tidak mulakan perniagaan sendiri. Recommended!

Dr Hasnan

Pengarah Urusan Docnan

Kami rumuskan apa yang akan anda perolehi

  • Akses Produk

    Anda akan mendapat akses ratusan jenis produk.

  • eKatalog Produk

    Anda akan memiliki ekatalog yang professional.

  • Bahan Pemasaran

    Bahan pemasaran seperti gambar produk disediakan.

  • Abaikan Urusan Produk

    Anda akan mendapat akses ratusan jenis produk.

  • Penerangan Produk

    Maklumat mengenai produk akan diterangkan secara jelas.