Platform Dropship Malaysia

Yosh.my merupakan komuniti perniagaan berasaskan dropship yang utama di Malaysia. Yosh.my menghubungkan peniaga dan pembekal produk bagi melakukan urusan jual beli secara dropship.

1,340

Peniaga Aktif

414

Pembekal Produk

RM711,873

Jumlah Jualan

Cetusan Idea Dari Pengalaman..

8-9 tahun yang lepas kami memulakan perniagaan internet menjual kain batik dari Kelantan secara dropship. Perniagaan tersebut berjalan dengan baik dan mendapat jualan yang sangat memberangsangkan.

Malangnya, perniagaan tersebut terpaksa diberhentikan kerana terdapat pelbagai kelemahan dari segi pembekal, stok, urusan jual beli, logistik dan sebagainya.

Dari pengalaman tersebut tercetuslah idea untuk membina Yosh.my, platform dropship yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang telah kami hadapi.

Visi

Yosh.my akan menjadi salah satu platform perniagaan berasaskan dropship yang utama di Malaysia.

Misi

Platform - Menyediakan platform yang mudah, sistematik dan efisyen untuk menghubungkan peniaga dan pembekal produk bagi melakukan urusan jual beli.

Peniaga - Membantu mana-mana individu untuk memulakan perniagaan internet berasaskan dropship dengan cara yang paling mudah, praktikal dan menguntungkan.

Pembekal - Membantu pembekal produk meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran produk mereka dengan kos dan risiko yang rendah.

Pemasaran - Menyediakan pelbagai kemudahan berasaskan teknologi untuk mempermudahkan peniaga melakukan pemasaran terhadap produk pembekal.

Pembelajaran - Menyediakan pembelajaran berkala dan ruangan diskusi kepada peniaga dan pembekal untuk menjalankan perniagaan internet dengan betul.

Objektif

Kami mensasarkan Yosh.my akan mempunyai 2000 pembekal dan 100,000 penjual. Mereka mencatatkan jumlah transaksi RM1,000,000 setiap bulan dengan lebih 500,000 jenis pilihan produk di dalam pelbagai kategori untuk di jual.

Pasukan Dedikasi

Agak sukar untuk membina sesuatu yang baru di dalam satu organisasi yang besar tetapi lebih sukar untuk membinanya seorang diri. Sejak 2012, kami adalah kumpulan kecil yang percaya teknologi boleh mengubah dunia, termasuk dunia perniagaan.

Adly Mukhtar

CEO

Rahim Ghazali

COO

Mohd Nazreen

CTO

Firdaus Adib

VP of Communications

Ikram Hakimi

Lead Designer

Ridhwan Razak

Senior Designer