An operator across publishing, media, and federal advisory.
Saya Azree. Berpengalaman selama 15 tahun dalam marketing dan corporate communications merentasi sektor penerbitan, media, pendidikan, dan penasihatan persekutuan di Malaysia. Kini berpangkalan di Kajang, Selangor.
Fokus kerja saya bersilang antara strategic marketing, digital campaigns, media relations, dan crisis communications. Pengalaman paling mencabar baru-baru ini adalah ketika bertugas sebagai advisor di peringkat setiausaha akhbar kementerian, di mana saya mengendalikan real-time sentiment monitoring dan online crisis comms untuk isu-isu awam yang high-profile.
Akar umbi kerjaya saya bermula dalam industri publishing. Pada lima tahun pertama, saya menguruskan lebih 1,200 digital titles untuk PTS Media Group, sebelum melangkah ke bidang training dan consulting. Minat terhadap dunia buku kekal utuh, dan kini saya sedang melengkapkan pengajian Master in Publishing Studies di Universiti Malaya.
Saya juga merupakan regular trainer untuk agensi kerajaan, universiti, dan pelanggan korporat, memfokuskan kepada topik generative AI in marketing, content strategy, dan social media. Saya pernah dijemput sebagai panel di Asian Festival of Children’s Content di Singapura (2013), dan telah menerbitkan sebuah buku berjudul Mudahnya Bisnes dengan Forum Online (PTS Profesional, 2011).
Pada masa terluang, saya gemar membina indie tools. Projek terkini yang sedang saya ship adalah Osaji, sebuah bot Telegram untuk track kalori harian bagi kegunaan peribadi. Laman web ini pula berfungsi sebagai hab untuk saya simpan rekod kerja, projek, dan sejarah latihan.
Core competencies
02 SCOPE- 01 Corporate Communications & Media Relations
- 02 Crisis Communications & Reputation Management
- 03 Strategic Marketing & Digital Campaigns
- 04 Public Engagement & Event Management
- 05 Campaign Budget & ROI Management
- 06 Training & Professional Development